Siri Belajar Membaca dihasilkan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran suku kata Bahasa Melayu peringkat awal. Siri ini dirancang dengan teliti dan dihasilkan berdasarkan program Linus KSSR.
Pengajarannya yang berpusatkan kanak-kanak dipersembahkan dalam bentuk sistematik supaya kanak-kanak dapat menguasai asas membaca dengan lebih mudah. Siri Belajar Membaca juga disertakan dengan latihan pengukuhan yang menguji kemahiran suku kata dan asas membaca kanak-kanak.